100 hari hingga detik akhir
100 hari sebelum ajal datang menjemput kita...bagaimanakah kita?
 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar. 
  60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak. 
  40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut   
                                          pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau
nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti
sedang rungsing.
   7 hari : Mengidam makanan. 
   5 hari : Anak lidah bergerak-gerak. 
   3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 
   2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak. 
   1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar. 
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang 
badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap
badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap
                                 dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat 
Mencabut Nyawa******
Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W pernah bersabda : 
“Apabila  telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan  malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka  menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke  lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk  menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.  Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik  roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan  saat nazak orang itu.” 
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
 “Kalau  orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan  menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu  dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu  melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada  disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan  melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.” Kalau orang yang  nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap  disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di  neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di  sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat  neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila  malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka  keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 
“Tidak  ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang  ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” 
Setelah  malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada  Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin  itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.” 
Sebaik  saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut  pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah  sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala  anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : 
"Tidak  ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan  ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak  yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
 Oleh  kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah  tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat  maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: 
“Tidak  ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan  berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga  berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” 
Apabila  gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka  malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut  menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.”
  Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata  tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
”Tidak  ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa  mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan  Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : 
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” 
Sebaik  saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh  orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma  Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari  arah mulut dengan tenang. 
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
”Roh itu menuju ketujuh tempat : 
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit   
    sampai hari kiamat. 
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.” 
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka          
keluar dari kuburnya: 
1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 
ajal maut  di tangan Tuhan..
kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berserah
semoga ajal pengakhiran detik usia kita di dunia,
kita masih berpegang kepada agama dan akidah yang benar
dan sentiasa di permudahkan jalanNya
mendapat berkat daripada Yang Maha Esa
amin
AL-FATIHAH buat insan-insan yang terlebih dulu dijemput oleh Allah SWT 
dan kita yang masih bernyawa ini juga bakal mengikut jejak langkah mereka
bila-bila masa sahaja
itu janji Ilahi buat kita semua
        





f.f
October 28, 2011 at 12:38 AM
suatu artikel yang cukup bererti,
cukup bermanfaat untuk pengajaran buat kita semua manusia,makhluk kerdil ciptaan Ilahi,
yang ajalnya bakal tiba pada bila-bila masa sahaja,
buka mata buka hati dan luangkan seketika detik..