RSS

TAQWA




“Apa itu taqwa?” tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab



“Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri?” balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah..” jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?” pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,” jawab Umar lagi.

“Itulah taqwa..” simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.

Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: 
”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Menurut Ibnu Abbas r.a. : 
"Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : 
"Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : 
"Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
 

Semoga kita dapat menggapai taqwa dengan erti sebenarnya!

Inilah nikmat yang terbesar,cuma manusia tidak mahu memahaminya..

Tanpa ISLAM kita tak mungkin sampai ke JannahNYA,tanpa iman mana mungkin kita di sini..

JAGA HATI
JAGA UKHUWAH
JAGA TARBIAH

Selamat mencari TAQWA sahabat "majmuah thaminah "