RSS

Peranan Al Quran dlm MEMPERBAIKI HATI Mu’min





Bagaimana kita nak hidupkan hati dgn Quran eh?

Kenapa selalu baca tapi mcm tak ada kesan kan?

Jadi, kali ini kita berbicara ttg :
"Bagaimana KESEMUA MATLAMAT & TUJUAN AL QURAN dapat ditanfizh(diimplementasikan) ?"

1. Keazaman utk melakukan perubahan & memperbaiki diri mesti ada dlm setiap muslim.
Tak cukup dgn itu, muslim harus sentiasa berdoa agar dikurniakan hidayah & pandangan mata hati… Kerana dgn pandanga mata hati lah dpt seseorg dpt melihat keaiban diri… Dgn melihat keaiban diri itulah mudah bagi seseorg merasakan kepanasan hubungan dgn Illahi…
Kerana peranan utama al-Quran ialah : TAZKIYATUN NAFS(Menyucikan Diri dan semakin menyucikan hati, jiwa & nafsu)
Al – Jumuah 62:2

2. Mendekatkan diri kepada Kitabullah.
Yakni sentiasa pastikan diri kita dekat dgn al-Quran… Dapat rasa kelazatan & kecintaan saat membacanya(meskipun tak mampu faham kata2 cintaNya)
Bacalah dgn sedih, ianya diturunkan dlm keadaan sedih, pesan Baginda SAW… Kerana dgn suasana sedih mampu menggugah emosi manusia yg berhati kecil & kerdil… Seterusnya terangsang & terbimbing kea rah kebaikan & peka serta benci kejahatan…
Ketahuilah jiwa manusia LEMAH, kehidupan dunia selalu menyerang hati hanya dgn BISIKAN syaitan SAHAJA… Lalu nafsu sibuk menyokong habis2an bisikan keji itu…
Lalai, leka & alpa menjadikan hati keras, kasar & karat!
Hati manusia sgt3 mudah berkarat… Ubat melembutkan, melicinkan & menghilangkan karat padanya apa?
Tak lain tak bukan : TILAWATUL QURAN

Ringkas Pesanan Nabi kepada kita.
Nabi: Hati manusia mudah berkarat…
Sahabat: Bagaimana menggilapnya ya Rasulullah?
Nabi: TILAWAH AL QURAN...

3.Jadikan diri anda sebagai SASARAN mesej al-Quran.
Imbauan yg ditujukan buatnya, setiap manusia mesti menganggap al-Quran ditujukan kpdnya, bukan org lain...
Setiap harus tahu bahawa jika beriman dgn al-Quran, sesungguhnya al-Quran khususnya diturunkan kpd Nabi kita yg tercinta...
Setelah kewafatannya, tanggungjawab itu jatuh kpd kita, umatnya yg terbaik!
Jadi, skrg al-Quran adalah hak milik kita!
Wajib bg kita apabila memiliki sesuatu utk menjaga & melaksanakan perintah2 yg termaktub di dalamnya...

4. Memikir & Merenung Ayat2 Kalamullah.
Tujuan asas – Tadabbur(fikir dgn teliti) – secara tadabbur inilah cara yg dpt beri manfaat apabila kita membacanya...
Dapat pengajaran apabila memahami, kerana tadabbur adalah dgn proses memahami al-Quran.. Walaupun kita kurang ilmu, tetapi jika Allah mahukan kebaikan bg seseorg, kefahaman agamalah yg dikurniakan Allah kpd individu muslim itu... Sad 38:29

5. Melenyapkan Segala Kunci Kendala.
Apabila dapati diri kita sukar utk dekati kitabullah sedangkan kita mampu, ada kekuatan utk baca dgn istiqamah bermakna hati kita tiada sentuhan nur kalamullah...
Lalu check semula, dimana salah aku?
Adakah aku baca Quran hanya utk study semata-mata?
Apa tujuan kita?
Yg pastinya tujuan kita selama-lamanya Allah!
Muslim yg hatinya tiada sentuhan nur maknanya dia belum cinta & rasa kelazatan al-Quran...
Ahhhh! Macam mana ni??
Muhasabahlah diri... Dgn akal yg ada pada diri kita dan tidak pada haiwan, KAJILAH penyakit yg menyebabkan hati terkunci... Muhammad 47:24
Hati terkunci dgn penyakit2 sprt : takabbur, kejahilan, kegilaan syak, keraguan – Penghapusan penyakit2 dpt memudahkan kita sbg individu muslim berinteraksi secara berkesan dgn al-Quran...

~Wallahu a’lam~
0 comments

Posted in