RSS

Luasnya Pengampunan Allah




Bulan Ramadhan adalah salah satu waktu yang Allah khususkan untuk maghfirah (pengampunan) terhadap hamba-hambaNya. Bulan ini satu-satunya bulan penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam sebelas bulan yang lain. Di mana, Allah lebih suka apabila ada manusia yang mengadu dan berharap pada Nya, bahkan taubat dan rintihan mereka diterima Allah. Sedangkan pintu taubat itu akan tertutup saat nyawa di hujung kerongkong. Begitu panjangnya tempoh pengampunan yang Allah sediakan untuk kita, namun kita sebagai hambaNya hanya mempersia-siakan peluang yang amat berharga ini.

Cuba kita bayangkan, jika seorang Sultan menghulurkan tangan kepada rakyatnya. Sudah pasti rakyat-rakyatnya akan berebut- rebut untuk menyambut tangan Sultan. Kerana apa? Ini kerana mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi dengan perintah Sultan. Dan yang paling utama bagi mereka adalah kerana Sultan itu tinggi kuasanya di dalam negara. Mana mungkin rakyatnya akan melepaskan peluang untuk bertemu dengan Sultan dan beramah-mesra dengannya. Begitu juga sekiranya kita selalu berdoa meminta sesuatu kepada Allah, mengapa kita tidak boleh penuhi permintaan Nya pula? Allah sentiasa terbuka menerima taubat hamba-hamba Nya. Allah juga sentiasa memerhatikan rutin kehidupan kita sama ada dimanfaatkan atau disalahgunakan. Setiap daripada kita berada dalam pemerhatian Allah.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Ku ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula." (Riwayat al-Tarmizi dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah).

Marilah  kita bersama-sama melakukan yang lebih baik daripada kenyataan di atas. Jadikan keinginan bertemu Allah itu membuak-buak sehingga menjadi rindu. Jadikan rasa hormat kita itu sebagai taqwa untuk membenteng diri kita daripada melakukan kemaksiatan. Suburkan rasa cinta pada Allah sehingga kita tidak lupa dan jemu untuk berkata-kata (zikir) dengan Nya. Semailah benih iman dengan ibadah dan kebajikan, serta titiplah rasa syukur dengan segala nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita. Sungguh, Allah itu Maha menerima taubat hamba-hambaNya. 
0 comments

Posted in

all the BEST ;)


credit to : ex majmuah 8

good luck for your final exam
i know u all can do it !
doa banyak2
mintak permudahkan segalanya ngan ALLAH SWT
insyaALLAH..semuanya akan ok;)

jangan tidur lewat sgt
study2 gak,jaga kesihatan diri
take care yup!

i'm here
always pray for you all ;)
wish u best of luck

  forever;)


chill!;)
0 comments

Posted in

Ingat - Ingat ..



In the name of ALLAH
Moga semua sahabat sihat-sihat..
Yang Kurus tu Makin tembam ..
Yang Tembam tu makin tembam..
(ops.. jangan salah sangka ea , maksud tembam kat sini amalan kita)
Dah semusim kita bersama .. 
harap-harapnya persahabatan kita menambahkan "saham" kita di akhirat,dok gitu ea?

Tak mampu kata apa-apa , juz sharing 'tragedi' yang berlaku jea..
Lagipun dah nak exam.. tinggal beberapa hari jea !

Wake UP !! its EXAM time !

Masa makin suntuk..
Sahabat-sahabat buat yang terbaik ok,

bE Patient & be C00l = Osem!

INGAT !

1-Usaha, 
2-Doa,
3-Tawakkal 
(nie bila dah pecut 10001 %)

***************

Kisah kami pula... erk !
(tak bosan ke .. ? mari jujur pada hati ..)

diedit oleh sahabat kami , ibn ahmad

Gambar ni yang terbaru , jamuan kesyukuran disebabkan seorang sahabat kami, Amir Yazid akan menunaikan umrah (tuannya balik selangor...(==')v )dan juga kesyukuran Allah mengurniakan perpisahan ini!

Nostalgia
Selamat jalan teman , moga tetap berjuang , kenang masa indah kita !
credit for Syafiqa Ayob .. bab-bab multimedia bagi kat dia jea...

Jamuan Kesyukuran Majmuah 8Thaminah..

jam 10.30 p.m baru mula .. dah lewat !
                                         

masulah terbaik!

mengantuk pun ada .. tapi Osemnye tetap teruskan!


menunggu sampai tertidur .. hmm

apa yang ditunggu ea?
agak-agak ni sesi apa yea... confius ?
Langit kita sama , Bumi kita pun sama , Tiada beza , dia hamba , saya hamba , Kita semua hamba Sang Pencipta .. 

Inilah warna-warna kehidupan yang merencahkan kehidupan saya , mereka penambah perisa dalam skrip kehidupan saya , mana mungkin makanan akan sedap tanpa gula dan garam .. betul tak?

Renung dan Bersyukurlah..


Bila sesuatu nikmat itu kita tidak dapat, kita minta pada Allah.
Tapi, bila Allah dah bagi nikmat tu pada kita, kita tak menjaganya pula.

Allahurabbi !




10 Perkara Yang Sia-Sia..





 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya ‘AL FAWAID’, bahwa ada sepuluh perkara yang hilang sia-sia, tak dapat memberikan manfaat sedikit pun bagi si empunya:


1• Berilmu pengetahuan, tapi tidak diamalkan.

2• Beramal, tapi tidak dilandasi ikhlas mengharap ridha Allah SWT dan meneladani Rasulullah SAW.

3• Harta yang dianggurkan (disimpan), tidak dimanfaatkan untuk kenikmatan hidup di dunia dan tidak pula diinvestasikan untuk kebahagiaan hidup di akherat.

4• Hati yang kosong dari mahabbatullah dan jiwa yang merindukan selain wajah Allah SWT.

5• Badan yang diistirahatkan dari ketaatan dan berkhidmat kepada agama-Nya.

6• Rasa cinta yang tidak diikat dengan keridhaan Allah SWT dan tidak tumbuh dalam kerangka tunduk kepada perintah-Nya.

7• Waktu yang berlalu sia-sia, tiada dipergunakan untuk menambah pengetahuan, mengukir kebaikan dan taqarrub kepada-Nya.

8• Akal yang diperah untuk memikirkan hal-hal yang tak berguna.

9• Melayani orang yang tidak mendekatkan diri anda kepada Allah SWT dan tidak pula memberikan anda maslahat dan kebaikan di dunia.

10• Anda memiliki rasa takut dan berharap (memiliki ketergantungan) kepada orang yang ubun-ubunnya berada di tangan-Nya, dan menjadi tawanan di sisi-Nya, yang mana ia tidak dapat memberikan manfaat dan mudharat bagi dirinya sendiri, menambah (usia) hidup dan menanggguhkan kematian serta menahan kepergiannya.

Allah berfirman dalam kitabullah,


وَالْعَصْرِ إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-’Ashr 103: 1-3)


Jom muhasabah dan renung-renungkanlah mutabaah amal kita !

nikmat ujian itu;)


tiada kata tanpa bahasa
tiada permulaan tanpa bicara
tiada akal tanpa pemikiran
tiada hati tanpa perasaan
tiada hari tanpa bulan
tiada siang tanpa malam
tiada berjalan tanpa nikmat
tiada Perdana Menteri tanpa rakyat jelata
tiada Raja tanpa hamba dibawah pemerintahannya
tiada doktor tanpa pesakitnya
tiada guru tanpa anak didiknya
tiada kedai makan tanpa pelanggannya
tiada bos tanpa pekerja
tiada hari ini kalau bukan kerana semalam menjelma
tiada esok kalau hari ni adalah pengakhirannya
tiada kesyukuran tanpa kejayaan
dan tiada nukilan@entri ini tanpa keikhlasan dijiwa;)
tiada ertinya keindahan tanpa Esanya Tuhan
syukur...hari ni kita masih berpeluang
berpeluang merasai nikmatnya dunia kurniaan Tuhan

kita : manusia kejadian teragung kurniaan Tuhan
gahnya manusia kerana memiliki nafsu dan perasaan
sesuatu yang tiada pada makhluk yang lainnya
tapi kita,manusia harus sedar :
kita suka merancang
sedang kita bukan menentukan
kita sibuk menguar2kan nilai kesepakatan
sedang kita sendiri kearah pepecahan
kita selalu sibuk menegakkan keadilan
sedangkan yang dicapai berat sebelah
kita sibuk mengetengahkan nilai insaniah
sedang ujian ditimpa gagal dikawal emosi dan perasaan
dimana nilai asli kita sebagai seorang insan?
itu silapnya kita manusia kurniaan teragung Tuhan..

kadang2 hati dan perasaan merasai kemurungan
memikirkan tentang ujian ketentuan Tuhan
kita..manusia hamba ciptaanNya xkan mampu lari dari fitrah kejadian
setiap ujian dilalui..akan pasti dirapati 
setiap ujian di tempuhi..sudah pasti berbekalkan kesedihan dalam diri
sebelum sebarang vaksin kesabaran,ketabahan dan keteguhan disuntik dalam arteri
itu kita..manusia sejak azali

percayalah
setiap ujian yang kita hadapi
bukan untuk kita rapati
bukan untuk kita tangisi
bukan juga perlu dihebohi tuk peroleh simpati
tetapi ujian itu adalah NIKMAT YANG ABADI
ujian itu satu jalan kearah kematangan diri

daripada mana kita belajar untuk memandu sebuah kereta
kalau bukan bermula daripada jatuh berbasikal dikala muda?
daripada mana kita belajar cemerlang berjaya di peringkat SPM dan berkerjaya
kalau bukan bermula dengan ABC zaman tadika dahulu kala?
daripada mana kita mampu menghafaz ayat-ayat suci al-Quran
kalau bukan bermula daripada satu rotan berguna guru ngaji?
daripada mana kita mengenali erti diri
kalau bukan daripada ujian dan rintangan yang pernah kita lalui?

tapi kini kenapa kita tak mampu bertahan lagi?
terlalu besarkah ujian yang dihadapi?
sehinggakan sanggup menggantungkan diri?
penyeksaan seksual..fizikal & nurani
itu budaya kita?

sama-sama kita berhenti menyeksa diri
ujian ALLAH SWT buat kita walaupun dalam pelbagai bentuk sekali
kemalangan,kekecewaan,kehilangan material mahupun insan tersayang
itu semua ada hikmah di sebalik kejadiannya
pasti ada sesuatu yang ingin Yang Maha Esa tunjukkan kepada kita
kalau bukan hari ni..mungkin esok lusa?ataupun akhirat kelak?
bertasbih..berdoalah mengharapkan kecekalan
berkat yang berkekalan
insyaALLAH..itulah satu azimat
dikala kita..manusia mangucap syukur tatkala ujian melanda diri;)

ya
aku bersyukur dikurniakan ALLAH SWT ujian ini
aku bersyukur aku masih mampu terjaga di kala mimpi
mimpi duniawi yang cukup indah memori
aku bersyukur masih mampu sedari realiti diri
realiti yang diri ini hanya sementara di atas muka bumi ini

nikmat ujian itu;)

untuk aku dunia dan ukhrawi

ayuh kawan2
kita kuat !
ujian yang kita hadapi..itu bukti kita HEBAT !
ujian sebesar manapun mencengkam..itu buktinya ALLAH SWT SAYANG!
nikmatnya kepahitan itu ada kemanisan yang akan berkekalan
kalau bukan didunia balasan : insyaALLAH diakhirat;)
amin2 Ya Rabbi..



1 comments

Posted in

Seruan Solat Hajat & Qunut Nazilah





"Gamis Inspirasi Anak Muda"


Tsunami Besar Di Langit !




Inilah kekuasaan ALLAH...





Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat 



menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar



dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku 


apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian 


bawah(air).

30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia 

30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil 



di Labuan,Sabah oleh seorang hamba Allah. 
Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam.

Komik - Cara-cara menolak Hidayah !


“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Rabbnya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.”
Surah Al-Kahf: 57
Tafsir ayat:
Marilah kita saksikan bahawa mulai hari ini, komik juga akan mengajak kamu untuk membaca dan memahami isi Al-Quran!
*Freshie banyak melukis komik dan berkarya di blog beliau, kangensyurga.blogspot.com
copy by MUHARIKAH.

Rahsia ''2012'' dalam Surah Ar-Rahman ?



PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.



Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.



Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.



Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433



merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h



Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.



"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.



" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
~ AL-FARISI

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi

makluman :

Kau Terhebat (s.a.w.) - Nur One Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!


Kau Terhebat (s.a.w.) - Nur One Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!
0 comments

Posted in

Cerita Saya, Cerita Awak, Cerita sapa ?


Alhamdulillah..

Semoga hari ini ALLAH memberkati segala usaha kita untuk menegakkan ISLAM sama ada untuk diri mahupun dalam kehidupan ini.

Agak-agaknya,apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa dalam tarbiah ILLAHI..

MEGUMPAT

kalu bicarakan bab ini,pastinya persepsi kita pada seorang wanita,muslimah,akhowat..
kenapa yea?

Saya juga tertanya-tanya..

Tapi sahabat percaya kan ada juga lelaki yang mengumpat,?

Kalu ikutkan hampir setiap hari kita mengumpat,percaya atau tidak,terserah..
Tapi jom kita nilai balik diri kita..
Fahami definisi 'mengumpat' itu 

Moga-moga hati ini disirami nur hidayahNYA..

Sahabat,anda tahu tak apa yang telah diceritakan tentang MENGUMPAT ini?



********




Telah diceritakan  oleh Al-baihaqi, At-tabrani, Abu Sheikh dan Ibnu Abi Ad-Dunnya daripada 

Jabir dan Abu Sa`id radhiyallaahu `anhuma yang berkata, 

"Sabda Rasulullah Shallallaahu `alaihi wasallam :

" Jauhilah kamu daripada mengumpat, kerana sesungguhnya mengumpat itu lebih keras daripada berzina. Lalu Nabi shallallaahu `alaihi wasallam ditanya, "Bagaimana pula mengumpat itu lebih keras daripada berzina? Bersabda baginda , " Sesungguhnya seorang lelaki kadang-kadang berzina dan ia bertaubat, maka Allah ta`ala menerima taubatnya. Dan sesunggunya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang melanggar janji adalah salah satu daripada tanda ada munafik. 

Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

"Tanda orang munafik itu ada tiga:-Apabila dia bercerita pasti dia berbohong,Apabila dia berjanji pasti dia memungkiri janjinya itu,dan Apabila diberi kepercayaan pasti dia khianat ( tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya)"

Demikian juga keadaan orang yang saling berbalah (bertikam lidah) dan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah, 

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

" Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ".
(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majagh daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu)

Begitu juga keadaan orang yang suka mengadu domba

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alahi wasallam :

" Tiada masuk Syurga orang yang mengadu domba." 
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah radhiyallaahu `anhu)

Sesungguhnya paraa ulamak telah bersepakat bahawa perlakuan mengadu domba itu adalah berdosa iaitu menokok tambah perkataan seseorang kepada orang lain atas tujuan untuk merosak binasakan dan memecahbelahkan hubungan mereka agar mereka berkelahi antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya jika dia menokok tambah perkataan atas tujuan untuk menasihati mereka, maka tidaklah wajib ia temasuk dalam mengadu domba yang dilarang itu.

Sedarilah bahawa lidah itulah anggota yang paling banyak dan paling besar kejahatannya. Oleh itu. lazimilah anda mengawasinya. Lidah itu tidak dapat menolong anda untuk menyelamatkan anda daripada rosak binasa kecuali anda mengasingkan diri daripada manusia. Ini kerana lidah itu tidak mampu menjadikan anda sentiasa berperlakuan diam kecuali ketika anda ada keperluan hajat untuk bercakap seperti belajar, mengajar dan memberi nasihat. 

Sembah Muaz bin Jabal kepada Rasulullah shallallaahu `alaihi wasallam, mafhumnya :

" Hai Rasulullah, berpesanlah kepadaku". Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam mengeluarkan lidah yang maha mulia itu, lalu bersabda, " Tahanlah olehmu akan ini".
Maksud baginda Shallallaahu `alaihi wasallam, " lidahmu yang serupa lidahku ini hendaklah anda tahannya daripada berkata sesuatu perkataan yang terlarang".

Ketika saidina Abu Bakar radhiyallaahu `anhu memegang lidahnya, lalu beliau berkata :

" Inilah yang membawa aku ke tempat yang binasa"

Berkata penyair :

"Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah."

Hendaklah anda sentiasa ingat bahawa perkataan yang baik itu membawa petunjuk kepada setiap anggota badan. Sebaliknya, perkataan yang jahat itu mengakibatkan kejahatan seluruh anggota... 

Ingatlah sahabat , 


"Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak 

memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ". 

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu) 


Jadi sahabat ; JAGA DIRI..HIASI PERIBADI..HINDARI DOSA!!

Isu Hangat ! Mahasiswa Perlu Cakna.



Assalammualaikum...

Semoga ALLAH masih redha dengan kita semua..

Terima kasih kerana antum semua masih sudi menjengah ke blog kami yang tak seberapa ini...

Apa yerk Isu Hangat Kali ini?

Isu yang tak lekang dari kalangan seorang mahasiswa?

AUKU








Sebenarnya apa dia AUKU ni?

Jom Selidik dan Teliti !

AUKU


Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Tahukah kita apa itu AUKU dan sejauh manakah implementasi akta tersebut dalam kampus-kampus yang dikenali sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA)? Eloklah untuk kita, para mahasiswa membaca artikel berikut untuk mendapatkan satu penjelasan mengapakah ada suara-suara yang melaung-laungkan untuk memansuhkan AUKU ini dan pahatkan dalam memori kita, isu AUKU bukan suatu yang lapuk kerana ia adalah penyebab kepada kelesuan mahasiswa!
Sebenarnya akta ini ditubuhkan pada 18 Mac 1971 yang usulnya datang daripada Menteri Pelajaran ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn dalam sidang parlimen negara. Manakala permulaannya dikuatkusakan adalah pada 30 April 1971. Namun, tidak kesemua universiti mengimplementasikan akta itu, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hal ini kerana, di universiti-universiti terbabit telah menggunapakai akta selain daripada AUKU ini.
MAGERAN
Lantas kita berfikir, mengapakah pihak kerajaan Malaysia (MAGERAN) pada ketika itu menubuhkan akta ini? Realitinya, ia bermula dengan penubuhan satu Jawatankuasa Mengkaji Kampus yang ditugaskan untuk mengkaji satu kaedah yang bertujuan untuk mengawal dan melemahkan persatuan-persatuan mahasiswa di kampus. Pada ketika itu, antara universiti yang wujud di Malaya adalah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Oleh kerana pertambahan pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, kerajaan bimbang akan penentangan mahasiswa-mahasiswi terhadap dasar-dasar kerajaan sepertimana yang berlaku dalam suatu peristiwa di mana mahasiswa mengadakan sebanyak 13 rapat umum di seluruh negara. Rapat umum ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang pada masa tersebut kurang mendapat informasi berkaitan perjalanan politik negara.  Isu yang menjadi perdebatan dalam kalangan mahasiswa yang turun berapat umum kerika itu berkisarkan isu demokrasi, isu keadilan sosial dan juga pengecaman mahasiswa terhadap parti-parti politik yang sengaja mempermainkan isu perkauman sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969!
jangan undang 13 mei datang!
Berikutnya, selepas beberapa peristiwa kelantangan mahasiswa bersuara terhadap dasar-dasar kerajaan, maka AUKU diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tanggal 18 Mac 1971. Hal yang demikian menyebabkan para mahasiswa bangun untuk menentang akta tersebut dengan lantang dan berani tanpa mengira agama, bangsa dan kampus universiti. Pelbagai kecaman dibangkitkan kepada pihak pemerintah sehinggakan ke hari ini, suara-suara tersebut masih kedengaran walau tidak sehebat era 70-an. Hal ini kerana, undang-undang tersebut bercanggah dengan prinsip demokrasi, kebebasan bersuara rakyat malah ia merupakan suatu pencabulan terhadap hak asasi mahasiswa sebagai golongan intelektual dan jurucakap masyarakat.
Pada tahun 1975, terdapat pindaan terhadap akta ini yang dibentangkan sebagai Akta Universiti dan Kolej Univesiti (Pindaan) 1975. Penguatkuasaan akta tersebut telah membubarkan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa seperti Persatuan Mahasiswa, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Mahasiswa Islam, Kelab Sosialis, Persatuan Bahasa Tionghua, Persatuan Bahasa Tamil dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia. Akhirnya, yang dibenarkan kerajaan untuk ditubuhkan di setiap kampus adalah Majlis Perwakilan Pelajar, sebuah badan yang tidak mempunyai kuasa, kebebasan dan kewibawaan sehebat pertubuhan-pertubuhan tersebut pada masa itu.

So,sahabat-sahabat...
BEBASKAN MAHASISWA,MANSUHKAN AUKU!!!