Luasnya Pengampunan Allah
undefined
undefined
Cuba kita
bayangkan, jika seorang Sultan menghulurkan tangan kepada rakyatnya. Sudah pasti
rakyat-rakyatnya akan berebut- rebut untuk menyambut tangan Sultan. Kerana apa?
Ini kerana mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi dengan perintah Sultan. Dan
yang paling utama bagi mereka adalah kerana Sultan itu tinggi kuasanya di dalam
negara. Mana mungkin rakyatnya akan melepaskan peluang untuk bertemu dengan
Sultan dan beramah-mesra dengannya. Begitu juga sekiranya kita selalu berdoa meminta sesuatu kepada Allah, mengapa kita tidak
boleh penuhi permintaan Nya pula? Allah sentiasa terbuka menerima taubat
hamba-hamba Nya. Allah juga sentiasa memerhatikan rutin kehidupan kita sama ada
dimanfaatkan atau disalahgunakan. Setiap daripada kita berada dalam pemerhatian
Allah.
Daripada Anas
bin Malik r.a. berkata, bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku
maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan
mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu
engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Ku ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau
datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku
tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang kepadamu dengan
ampunan seluas bumi pula." (Riwayat al-Tarmizi dan al-Baghawi dalam
Syarhus Sunnah).
Marilah kita bersama-sama melakukan yang lebih baik
daripada kenyataan di atas. Jadikan keinginan bertemu Allah itu membuak-buak
sehingga menjadi rindu. Jadikan rasa hormat kita itu sebagai taqwa untuk
membenteng diri kita daripada melakukan kemaksiatan. Suburkan rasa cinta
pada Allah sehingga kita tidak lupa dan jemu untuk berkata-kata (zikir) dengan
Nya. Semailah benih iman dengan ibadah dan kebajikan, serta titiplah
rasa syukur dengan segala nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita. Sungguh, Allah
itu Maha menerima taubat hamba-hambaNya.
Post a Comment