RSS

Cerita Saya, Cerita Awak, Cerita sapa ?


Alhamdulillah..

Semoga hari ini ALLAH memberkati segala usaha kita untuk menegakkan ISLAM sama ada untuk diri mahupun dalam kehidupan ini.

Agak-agaknya,apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa dalam tarbiah ILLAHI..

MEGUMPAT

kalu bicarakan bab ini,pastinya persepsi kita pada seorang wanita,muslimah,akhowat..
kenapa yea?

Saya juga tertanya-tanya..

Tapi sahabat percaya kan ada juga lelaki yang mengumpat,?

Kalu ikutkan hampir setiap hari kita mengumpat,percaya atau tidak,terserah..
Tapi jom kita nilai balik diri kita..
Fahami definisi 'mengumpat' itu 

Moga-moga hati ini disirami nur hidayahNYA..

Sahabat,anda tahu tak apa yang telah diceritakan tentang MENGUMPAT ini?



********




Telah diceritakan  oleh Al-baihaqi, At-tabrani, Abu Sheikh dan Ibnu Abi Ad-Dunnya daripada 

Jabir dan Abu Sa`id radhiyallaahu `anhuma yang berkata, 

"Sabda Rasulullah Shallallaahu `alaihi wasallam :

" Jauhilah kamu daripada mengumpat, kerana sesungguhnya mengumpat itu lebih keras daripada berzina. Lalu Nabi shallallaahu `alaihi wasallam ditanya, "Bagaimana pula mengumpat itu lebih keras daripada berzina? Bersabda baginda , " Sesungguhnya seorang lelaki kadang-kadang berzina dan ia bertaubat, maka Allah ta`ala menerima taubatnya. Dan sesunggunya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang melanggar janji adalah salah satu daripada tanda ada munafik. 

Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

"Tanda orang munafik itu ada tiga:-Apabila dia bercerita pasti dia berbohong,Apabila dia berjanji pasti dia memungkiri janjinya itu,dan Apabila diberi kepercayaan pasti dia khianat ( tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya)"

Demikian juga keadaan orang yang saling berbalah (bertikam lidah) dan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah, 

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

" Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ".
(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majagh daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu)

Begitu juga keadaan orang yang suka mengadu domba

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alahi wasallam :

" Tiada masuk Syurga orang yang mengadu domba." 
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah radhiyallaahu `anhu)

Sesungguhnya paraa ulamak telah bersepakat bahawa perlakuan mengadu domba itu adalah berdosa iaitu menokok tambah perkataan seseorang kepada orang lain atas tujuan untuk merosak binasakan dan memecahbelahkan hubungan mereka agar mereka berkelahi antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya jika dia menokok tambah perkataan atas tujuan untuk menasihati mereka, maka tidaklah wajib ia temasuk dalam mengadu domba yang dilarang itu.

Sedarilah bahawa lidah itulah anggota yang paling banyak dan paling besar kejahatannya. Oleh itu. lazimilah anda mengawasinya. Lidah itu tidak dapat menolong anda untuk menyelamatkan anda daripada rosak binasa kecuali anda mengasingkan diri daripada manusia. Ini kerana lidah itu tidak mampu menjadikan anda sentiasa berperlakuan diam kecuali ketika anda ada keperluan hajat untuk bercakap seperti belajar, mengajar dan memberi nasihat. 

Sembah Muaz bin Jabal kepada Rasulullah shallallaahu `alaihi wasallam, mafhumnya :

" Hai Rasulullah, berpesanlah kepadaku". Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam mengeluarkan lidah yang maha mulia itu, lalu bersabda, " Tahanlah olehmu akan ini".
Maksud baginda Shallallaahu `alaihi wasallam, " lidahmu yang serupa lidahku ini hendaklah anda tahannya daripada berkata sesuatu perkataan yang terlarang".

Ketika saidina Abu Bakar radhiyallaahu `anhu memegang lidahnya, lalu beliau berkata :

" Inilah yang membawa aku ke tempat yang binasa"

Berkata penyair :

"Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah."

Hendaklah anda sentiasa ingat bahawa perkataan yang baik itu membawa petunjuk kepada setiap anggota badan. Sebaliknya, perkataan yang jahat itu mengakibatkan kejahatan seluruh anggota... 

Ingatlah sahabat , 


"Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak 

memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ". 

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu) 


Jadi sahabat ; JAGA DIRI..HIASI PERIBADI..HINDARI DOSA!!