RSS

nikmat ujian itu;)


tiada kata tanpa bahasa
tiada permulaan tanpa bicara
tiada akal tanpa pemikiran
tiada hati tanpa perasaan
tiada hari tanpa bulan
tiada siang tanpa malam
tiada berjalan tanpa nikmat
tiada Perdana Menteri tanpa rakyat jelata
tiada Raja tanpa hamba dibawah pemerintahannya
tiada doktor tanpa pesakitnya
tiada guru tanpa anak didiknya
tiada kedai makan tanpa pelanggannya
tiada bos tanpa pekerja
tiada hari ini kalau bukan kerana semalam menjelma
tiada esok kalau hari ni adalah pengakhirannya
tiada kesyukuran tanpa kejayaan
dan tiada nukilan@entri ini tanpa keikhlasan dijiwa;)
tiada ertinya keindahan tanpa Esanya Tuhan
syukur...hari ni kita masih berpeluang
berpeluang merasai nikmatnya dunia kurniaan Tuhan

kita : manusia kejadian teragung kurniaan Tuhan
gahnya manusia kerana memiliki nafsu dan perasaan
sesuatu yang tiada pada makhluk yang lainnya
tapi kita,manusia harus sedar :
kita suka merancang
sedang kita bukan menentukan
kita sibuk menguar2kan nilai kesepakatan
sedang kita sendiri kearah pepecahan
kita selalu sibuk menegakkan keadilan
sedangkan yang dicapai berat sebelah
kita sibuk mengetengahkan nilai insaniah
sedang ujian ditimpa gagal dikawal emosi dan perasaan
dimana nilai asli kita sebagai seorang insan?
itu silapnya kita manusia kurniaan teragung Tuhan..

kadang2 hati dan perasaan merasai kemurungan
memikirkan tentang ujian ketentuan Tuhan
kita..manusia hamba ciptaanNya xkan mampu lari dari fitrah kejadian
setiap ujian dilalui..akan pasti dirapati 
setiap ujian di tempuhi..sudah pasti berbekalkan kesedihan dalam diri
sebelum sebarang vaksin kesabaran,ketabahan dan keteguhan disuntik dalam arteri
itu kita..manusia sejak azali

percayalah
setiap ujian yang kita hadapi
bukan untuk kita rapati
bukan untuk kita tangisi
bukan juga perlu dihebohi tuk peroleh simpati
tetapi ujian itu adalah NIKMAT YANG ABADI
ujian itu satu jalan kearah kematangan diri

daripada mana kita belajar untuk memandu sebuah kereta
kalau bukan bermula daripada jatuh berbasikal dikala muda?
daripada mana kita belajar cemerlang berjaya di peringkat SPM dan berkerjaya
kalau bukan bermula dengan ABC zaman tadika dahulu kala?
daripada mana kita mampu menghafaz ayat-ayat suci al-Quran
kalau bukan bermula daripada satu rotan berguna guru ngaji?
daripada mana kita mengenali erti diri
kalau bukan daripada ujian dan rintangan yang pernah kita lalui?

tapi kini kenapa kita tak mampu bertahan lagi?
terlalu besarkah ujian yang dihadapi?
sehinggakan sanggup menggantungkan diri?
penyeksaan seksual..fizikal & nurani
itu budaya kita?

sama-sama kita berhenti menyeksa diri
ujian ALLAH SWT buat kita walaupun dalam pelbagai bentuk sekali
kemalangan,kekecewaan,kehilangan material mahupun insan tersayang
itu semua ada hikmah di sebalik kejadiannya
pasti ada sesuatu yang ingin Yang Maha Esa tunjukkan kepada kita
kalau bukan hari ni..mungkin esok lusa?ataupun akhirat kelak?
bertasbih..berdoalah mengharapkan kecekalan
berkat yang berkekalan
insyaALLAH..itulah satu azimat
dikala kita..manusia mangucap syukur tatkala ujian melanda diri;)

ya
aku bersyukur dikurniakan ALLAH SWT ujian ini
aku bersyukur aku masih mampu terjaga di kala mimpi
mimpi duniawi yang cukup indah memori
aku bersyukur masih mampu sedari realiti diri
realiti yang diri ini hanya sementara di atas muka bumi ini

nikmat ujian itu;)

untuk aku dunia dan ukhrawi

ayuh kawan2
kita kuat !
ujian yang kita hadapi..itu bukti kita HEBAT !
ujian sebesar manapun mencengkam..itu buktinya ALLAH SWT SAYANG!
nikmatnya kepahitan itu ada kemanisan yang akan berkekalan
kalau bukan didunia balasan : insyaALLAH diakhirat;)
amin2 Ya Rabbi..



1 comments

Posted in

  1. Unknown

    February 12, 2012 at 6:39 PM

    terbaik! rasa mcm lagu pulak.. +ve selalu... Ni baru sikit rasenye, banyak lagi beban mendatang utk Allah didik kita...