RSS

Mengapa Engkau Menyembah ALLAH..??




Salam Mahabbah..
Harap-harap semuanya dalam keadaan ceria..^^
Semoga setiap langkah kita pada hari ini diiringi dengan keberkatan dari ILLAHI...


Terdetik hati ana untuk berkongsi "satu perbincangan"...
yea..
perbincangan seorang ahli sufi..
perbincangan Rabiatul Adawiyah bersama orang soleh..

Sebelum meneruskan pembacaan,

ana minta pada antum semua untuk "membuka hati"...

jujur dengan diri sendiri..


Pernah suatu hari Rabiah didatangi sekelompok orang soleh.

Ketika itu terjadi perbincangan antara mereka mengenai penyembahan terhadap ALLAH..


Mengapa engkau menyembah ALLAH? ..."(soalan cepu emas ..agaknya..)

Tanya Rabiah kepada salah seorang diantara meraka.

Kerana aku takut azab ALLAH,” jawabnya singkat.


“Mengapa engkau menyembah ALLAH?

Tanya Rabiah kepada yang lain.

“Aku menyembah kerana aku takut api neraka dan ingin masuk syurga,” jawabnya.


Rabiah menarik nafas panjang, kemudian berkata,

Alangkah buruknya seorang hamba menyembah ALLAH kerana mengharapkan syurga dan ingin selamat dari azab api neraka”.


Rabiah diam seketika, seakan-akan kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Kemudian dia bertanya pada mereka,

“Jika syurga dan neraka tidak wujud, apakah kalian akan menyembah ALLAH???


Mereka semua terdiam.

Tidak menyangka sama sekali Rabiah akan bertanya begitu.

Suasana menjadi hening seketika kerana tidak ada seorang yang berani menjawab.


Kemudian salah seorang memecah keheningan,

Wahai Rabiah, tolong jelaskan kepada kami, kenapa engkau menyembah ALLAH?

apa rabaiah kata...

Aku menyambah ALLAH kerana mengharap keredhaan-Nya...

Nikmat dan anugerah yang diberikan oleh-Nya kepadaku sudah cukup untuk menggerakkan hatiku agar menyembah dan beribadah kepada-Nya,” jawab Rabiah ringkas tetapi padat.


Bagaimana pula dengan kita..

"JUJUR"..satu ungkapan dari ana..

Tepuk dada tanya iman..


Jom kita perbaiki diri dalam memberi ketaatan pada yang MAHA ESA.


Semoga ada bahan bermanfaat yang boleh diambil bersama..