2. Ibadah yang Sohih
1. Menghidupkan ibadah secara langsung terus kepada Allah.
2. Berusaha sedaya upaya dengan cara apa sekalipun mendapatkan ibadah yg khusyuk.
3. Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah.
4. Rasa tamak yg tak berkecukupan dan rakus yg tak rasa kenyang.
5. Mengambil berat & membiasakan diri dgn Qiamullail.
6. Baca & tadabbur Quran pd waktu fajar.
7. Jadikan doa sebagai mi’raj kpd Allah dlm segala urusan.
8. Melakukan ibadah agar meninggikan roh & jiwanya.
9. Belajar utk membetulkan amalannya & mengetahi halal & haram.
10. Tidak melampau atau berkurang (melampau).
(Dipetik drpd buku Maza Ya’ni Intimaiy LilIslam, Dr.Fathi Yakan)
Sahabat sekalian, perbaikilah ibadah kita. Biarlah sedikit, tetapi stabil dan berterusan.
Ibadah kita perlu kpd kualiti. Bukan dgn kuantiti.
Kita mampu solat 17 rakaat dan lebih, tetapi adakah kualitinya 17 juga? Ataukah kurang?
Sejauhmana penghayatan solat kita selama ini? Hanya sekadar pergerakan semata-mata?
Bagaimana kita mahu melakukan Qiamullail, solat2 sunat jikalau solat2 wajib masih tidak sempurna dari segi penghayatannya?
Muntabah diri kita semula, ilmu yg berkat menambahkan nilai pd amalan kita...
Jadi apabila ilmu kita bertambah, tetapi amalan makin kurang kualitinya, mungkin ada sesuatu yg tak kena, ilmu kurang berkat atau usaha utk memperbaiki mutu amalan tidak ada dlm diri kita?
Disana ada Zat Yang Hebat menciptakan makhluk yg mulia, ya’ni aqal.
Manusia menjadi mulia kerana aqal yg dihadiahkan. Aqal yg tiada pada makhluk yg lain.
Apa tujuannya aqal diciptakan? Bukankah yg utama mengenal yg menciptakan aqal itu?
Selama kita hidup, telah kita guna aqal utk mengenali ibu dan bapa kita, kawan2, guru2, sanak saudara, jiran dan ramai lagi jenis manusia...
Tapi adakah bertambahnya ikatan kita dgn manusia, lalu bertambahnya rasa ubudiyyah kita kpd Allah? Atau makin terasa jauh dgn Allah barangkali?
Mari ulangtayang semula kehidupan kita sahabat2...
Kehidupan kita telah kita sia2kan hari demi hari, tiada masa lagi utk kita leka, lalai, lengah dengan kehidupan dunia yg bersifat amat sementara ini...
Logik Islam menuntut supaya SELURUH KEHIDUPAN ini adalah ibadat dan taat kpd Allah. Bukan kpd ibadah zahir semata-mata sprt solat, puasa, sedekah & banyak lagi.
Seperti hadith yg biasa bermain di mulut kita, hhadith ttg Ihsan...
“Kamu hendaklah beribadat kpd Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Potongan hadith riwayat Muslim & Bukhari)
Sahabat yang dikasihi Allah, intibah yg ringkas: Peliharalah ibadah kita.....
Post a Comment