RSS

Tazkirah





Assalamualaikum semua.
Iman sihat..?
Hari ini ana mahu berkongsi sedikit tentang tazkirah. Hasil daripada perbincangan bersama ahli Majmuah 8, kami telah memutuskan tazkirah bagi pihak Muslimat dibuat secara berasingan.Alhamdulillah setakat ini tazkirah berjalan lancar sperti biasa.


Lokasi tazkirah bagi pihak Muslimat dijalankan sekitar Kolej Kediaman Al-Malik Khalid. Pada kebiasaannya tazkirah diadakan pada jam 5.30 petang dan pilihan masa ini bagi mengelakkan ahli Majmuah tidur selepas Asar dimana waktu Asar adalah waktu yang tidak elok untuk tidur. Allah dan Rasul sendiri melarangnya.
Sahabatku sayang sekalian,ketahuilah sesungguhnya setiap perkara berhubung dengan fizikal manusia adalah pernyataan saintifiknya dari Illahi.
Dan antara akibat tidur petang ialah perjalanan darah menjadi lambat, kepala akan pening, dan mengakibatkan daya ingatan kian lemah.
Akhir kalam, ana harapkan semua ahli Majmuah dapat memberi komitmen menghadirkan diri dan cuba sedaya upaya untuk hadir awal semasa Tazkirah dijalankan. InsyAllah.
Sampaikanlah walau hanya satu ayat.
Wallahualam.~


0 comments

Posted in