RSS

Tadarrus Al Awwal Berjaya ! ^___^












Assalaamualaikum! Salam Satu Islam
Alhamdulillah, baru-baru ni mas'ul baru mencadangkan untuk mengadakan Tadarrus & Tadabbur Al-Quran di samping mengadakan Muzakarah...
Selepas mengambil pendapat semua ahli majmu3ah, semua sebulat suara untuk mengadakan Muzakarah & Tadarrus secara bergilir2 setiap minggu...
Minggu ni kami buat Tadarrus, dengan segala kekuatan kami yang Allah berikan hampir semua ahli majmuah dapat menghadirkan diri ke "Taman Syurga Dunia" ini... Majlis zikir(mengingati Allah), majlis terindah di dunia! Q=D

Pertama sekali, ingin disedarkan kepada sahabat2 bahawa tujuan kita mengadakan tadarrus ini bukanlah sekadar untuk mengharapkan ganjaran pahala sahaja, malah jauh drpd itu...
Kita ingin membentuk diri kita agar dapat membaca alQuran dengan hati...
Kerana apa, membaca surat-surat cinta dprd Allah samalah seperti kita melaksanakan solat fardu...
Membacanya memerlukan kekhusyukan supaya kita dapat merasai apa yg Allah nak sampaikan kpd kita...
InsyaAllah pada Muzakarah akan datang, adab2 & etika dgn al Quran akan kita perbincangkan... Mudah2an Allah permudahkan.. Amin.....
Sedikit ayat yang dapat kami tadabbur daripada setengah drpd juzu' 1 ialah, antaranya:

Ayat 30 al-Baqarah, mafhumnya :
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepdada para Malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka bertanya(tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Apakah Engkau(ya Tuhan kami)hendak menjadikan orang yang membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan) padahal kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dapat fikir ape2 tak drpd ayat ni?
Haa.... Bukankah tujuan kehidupan kita ni ada dua je?
Menjadi KHALIFAH & HAMBA.....
Agaknya jika orang non-muslim fikir pasal kedua peranan ni mesti diorang pelik. Bukan?
Guano jadi ketua(khalifah), dalam masa yg sama jadi hamba?
Be a king and a slave at the same time.
Kedengaran pelik bukan?
Macam tak logik je?
Jadi bos dan pekerja? Apa tu?

Tapi itulah Allah Al Hakim, yg melangkau jauh pengetahuanNya drpd kita...
Sangat seimbang apabila Allah meletakkan kedua-dua peranan ni ke atas kita...
Allah amat arif akan penciptaanNya...
Janga berhenti berfikir, apabila tadabbur satu2 ayat Quran teruskan fikir hikmah ayat itu... Kerana sesuatu ayat itu sangat besar... Semakin kita berfikir bertambah faham lah kita... Dan merasailah kita apa yg mahu Al Hakim kita sampaikan...
SUBHANALLAH!

Ado sor lagi ayat yg kami bincangkan, ayat 44 al-Baqarah, mafhumnya :
Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakn dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?

ha... tau tak sbb kenapa turun ayat ni... ha taktau kan? hayya naqrou ma3an!

Asbabun Nuzulnya:
Ibnu Abbas menuturkan, bahwa ayat ini diturunkan sebagai peringatan terhadap seorang lelaki Yahudi di Madinah. Suatu hari, lelaki itu menasihati para kerabatnya yg telah memeluk agama Islam agar berpegang teguh pada ajaran Rasulullah. Namun, ia sendiri tidak melakukannya. (HR. Wahiidii dan Tsa3labi)


Usahlah kawan2 kita jadi sprt lelaki tersebut...
Jadilah bijak, sama2 melakukan kebaikan yg diajak itu...
0 comments

Posted in