RSS

Jamuan Perpisahan Ustaz Osman Yasin



Assalamualaikumwarahmatullah,

Pada hari Isnin bertarikh 22 Zulhijjah 1431 munasib 29-10-2010,
kami telah mengadakan jamuan perpisahan bersama
Ustaz Osman Yasin.

.

Memang satu hari yang menyedihkan kami seluruh warga majmuah 8, setelah sekian lama kami bersama dengan ustaz, kini telah tiba masa untuk kami berpisah.
Jika dihitung terasa terlalu banyak jasa ustaz kepada kami.

Bermulanya perkenalan kami semua dengan ustaz hinggalah hari semalam, masih kami ingat ustaz adalah mentor kami semasa semester petama, ustaz mengatakan bahawa kami boleh menceritakan masalah yang kami hadapi kepada ustaz.


Dalam bulan ramadhan yang lepas ,kami sempat datang berbuka puasa di rumah ustaz serta sembahyang tarawih bersama.

Sesungguhnya kami akan berdoa semoga setiap urusan ustaz dipermudahkan oleh ALLAH ,semoga ukhuwah antara kami & ustaz tidak akan putus selamanya.

Semoga ustaz terus segar dalam ingatan kami semua.


0 comments

Posted in