RSS

مذكرة










All Praise To Allah.

Muzakarah mingguan pertama kami selesai.

Tajuk yg kami bincangkan minggu ni ialah MASJID.

Banyak yang kami dapat.

Antara ilmu yg dpt dikongsi oleh muslimin :

Adab & Etika
1.Kepentingan Solat Berjemaah - Nabi Muhammad mengancam untuk membakar rumah orang yang mampu solat di masjid. Baginda juga berpesan, jika seseorang mampu merangkak ke masjid maka pergilah dengan merangkak.

2.Perihal Dalam Masjid
-Biasakanlah melakukan amalan sunat di merata-rata tempat di dalam sesebuah masjid. Maksudnya, janganlah selalu beramal ibadat di 'port' kita je.
-Apabila masuk ke masjid disunatkan untuk niat i'tikaf supaya segala perkara yg kita lakukan mendapat ganjaran dari Allah SWT sepanjang berada di dalam masjid tersebut.
-Jangan berbincang perkara sia2 dalam masjid. Kita boleh melaknat orang yg berbicara sia2 itu tetapi cubalah untuk menegur dan berdoalah agar orang tersebut diberi taufiq hidayah untuk tidak lagi bercakap perkara sia2 dalam. Itulah selemah-lemah iman.
-Jangan meletup-letupkan jari.
-Aktiviti mesyuarat tentang perihal agama ataupun non-religious discussion amat digalakkan untuk diadakan di masjid.
-Apabila di kawasan kita terdapat dua buah masjid yg berdekatan, maka salah satu masjid sahaja yg boleh diadakan Solat Jumaat di dalamnya.
-Apabila kita melaksanakan solat jemaah di sebuah masjid, utamakan orang yg bermastautin di tempat itu untuk menjadi imam dan melaungkan azan. Cth : Imam masjid, muazzin dll.


Fakta:
Taj Mahal merupakan lambang keagungan dan keindahan Islam. Taj Mahal juga lambang kasih sayang.



Muslimat pula :

1.Peranan Masjid
-Belia kurang ke masjid kerana mereka beranggapan masjid ialah tempat beribadah SEMATA-MATA.
-Adalah SALAH menganggap aktiviti yg tidak berunsurkan agama merosakkan penggunaan masjid. Cth : Camp English, Motivation Camp n etc
Anggapan ini timbul daripada gerakan Sekularisme yg berkefahaman agama dan duniawi PERLU DIPISAHKAN.
-Hadith ini dicipta oleh gerakan Sekularisme ;
"Siapa yang berkata-kata dalam masjid dengan perkataan duniawi maka terbatallah amalannya selama 40tahun"
Jaga2 jika antum pernah jumpa hadith ini, kerana semestinya hadith ini sangat palsu.

2.Masjid penggerak kepada perkembangan Islam
-Rasulullah mentadbir negara Islam(Madinah ketika zaman baginda) bermula dari masjid(berpidato, mengajar, bersidang, semuanya dalam masjid)
-Pusat pembangunan modal insan.

Fakta :
-Imam Ghazali mengarang beberapa puluh jilid kitab Ihya' Ulumuddinnya di sebuah sufat(penjuru) di Masjid Umawi di Kota Damsyik. Begitulah bergunanya masjid ini. Betapa berkatnya masjid yakni rumah Allah jika kita betul2 gunakan utk aktiviti seharian kita sebagai ummah.
-Pembinaan Masjid Kristal hanya untuk hiasan semata-mata.


Lihatlah bagaimana hidupnya Masjid Nabawi tika zaman Rasulullah SAW dahulu. NON-STOP 24 HOURS dengan amal2 soleh, majlis ilmu, taman syurga(majlis zikrullah) yg dilaksanakan oleh sahabat.

Persoalan :

1.Bagaimana wanita haid yang hendak menikah masuk ke dalam masjid?
Jawapannya : Wanita tersebut harus tunggu di luar masjid. Haram baginya masuk ke dalam masjid. Jika ada upacara penyarungan cincin dan sebagainya hendaklah dilakukan di veranda(bukan ruang solat masjid).






Maksudnya:

"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu".







Maksudya:

"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam".

Amalkanlah doa ini meskipun mungkin kita telah mendengarnya sejak zaman tadika lagi. Tetapi kita tak akan sedar natijah beramal dengan doa ini. Lebih mudah jika kita ambil contoh begini.
Ada seorang tetamu datang ke rumah kita dengan tidak memberi salam dan dengan selamba dia memanggil nama kita. Lalu datang pula tetamu kedua datang memberi salam dengan membawa sedikit buah tangan untuk kita. Yang mana lebih kita sukai dan yang mana kita lebih cenderung untuk memberi layanan terhadapnya? Tentunya TETAMU KEDUA kan!

Wahai sahabat2ku, begitulah juga perumpamaan apabila kita meng'enter' ke rumah Allah SWT, rumah yang paling suci di muka bumi ini, berilah 'salam' yakni doa sebagai tanda kita hormat kepada rumah Yang Maha Mencintai kita. Kita pastinya dianugerahi Allah dengan kelebihan amal yang berganda, pastinya Allah memberi layanan terbaik untuk kita. Tanpa kita sedar, kekhusyukan dalam solat kita bertambah, ketenangan dapat dikecapi, maka mudahlah kita untuk online dengan Sang Pencipta kita, Allah Al-Khaliq.

Mudah2an kita diberi kekuatan untuk mengamalkan segala ilmu tentang masjid yang telah kita perolehi. Q=D Amal ye sahabat2ku. Q:D
0 comments

Posted in