RSS

Showing posts with label mardhatillah. Show all posts
Showing posts with label mardhatillah. Show all posts

Seruan Solat Hajat & Qunut Nazilah





"Gamis Inspirasi Anak Muda"


Tsunami Besar Di Langit !




Inilah kekuasaan ALLAH...





Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat 



menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar



dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku 


apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian 


bawah(air).

30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia 

30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil 



di Labuan,Sabah oleh seorang hamba Allah. 
Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam.

Cerita Saya, Cerita Awak, Cerita sapa ?


Alhamdulillah..

Semoga hari ini ALLAH memberkati segala usaha kita untuk menegakkan ISLAM sama ada untuk diri mahupun dalam kehidupan ini.

Agak-agaknya,apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa dalam tarbiah ILLAHI..

MEGUMPAT

kalu bicarakan bab ini,pastinya persepsi kita pada seorang wanita,muslimah,akhowat..
kenapa yea?

Saya juga tertanya-tanya..

Tapi sahabat percaya kan ada juga lelaki yang mengumpat,?

Kalu ikutkan hampir setiap hari kita mengumpat,percaya atau tidak,terserah..
Tapi jom kita nilai balik diri kita..
Fahami definisi 'mengumpat' itu 

Moga-moga hati ini disirami nur hidayahNYA..

Sahabat,anda tahu tak apa yang telah diceritakan tentang MENGUMPAT ini?



********




Telah diceritakan  oleh Al-baihaqi, At-tabrani, Abu Sheikh dan Ibnu Abi Ad-Dunnya daripada 

Jabir dan Abu Sa`id radhiyallaahu `anhuma yang berkata, 

"Sabda Rasulullah Shallallaahu `alaihi wasallam :

" Jauhilah kamu daripada mengumpat, kerana sesungguhnya mengumpat itu lebih keras daripada berzina. Lalu Nabi shallallaahu `alaihi wasallam ditanya, "Bagaimana pula mengumpat itu lebih keras daripada berzina? Bersabda baginda , " Sesungguhnya seorang lelaki kadang-kadang berzina dan ia bertaubat, maka Allah ta`ala menerima taubatnya. Dan sesunggunya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang melanggar janji adalah salah satu daripada tanda ada munafik. 

Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

"Tanda orang munafik itu ada tiga:-Apabila dia bercerita pasti dia berbohong,Apabila dia berjanji pasti dia memungkiri janjinya itu,dan Apabila diberi kepercayaan pasti dia khianat ( tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya)"

Demikian juga keadaan orang yang saling berbalah (bertikam lidah) dan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah, 

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

" Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ".
(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majagh daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu)

Begitu juga keadaan orang yang suka mengadu domba

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alahi wasallam :

" Tiada masuk Syurga orang yang mengadu domba." 
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah radhiyallaahu `anhu)

Sesungguhnya paraa ulamak telah bersepakat bahawa perlakuan mengadu domba itu adalah berdosa iaitu menokok tambah perkataan seseorang kepada orang lain atas tujuan untuk merosak binasakan dan memecahbelahkan hubungan mereka agar mereka berkelahi antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya jika dia menokok tambah perkataan atas tujuan untuk menasihati mereka, maka tidaklah wajib ia temasuk dalam mengadu domba yang dilarang itu.

Sedarilah bahawa lidah itulah anggota yang paling banyak dan paling besar kejahatannya. Oleh itu. lazimilah anda mengawasinya. Lidah itu tidak dapat menolong anda untuk menyelamatkan anda daripada rosak binasa kecuali anda mengasingkan diri daripada manusia. Ini kerana lidah itu tidak mampu menjadikan anda sentiasa berperlakuan diam kecuali ketika anda ada keperluan hajat untuk bercakap seperti belajar, mengajar dan memberi nasihat. 

Sembah Muaz bin Jabal kepada Rasulullah shallallaahu `alaihi wasallam, mafhumnya :

" Hai Rasulullah, berpesanlah kepadaku". Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam mengeluarkan lidah yang maha mulia itu, lalu bersabda, " Tahanlah olehmu akan ini".
Maksud baginda Shallallaahu `alaihi wasallam, " lidahmu yang serupa lidahku ini hendaklah anda tahannya daripada berkata sesuatu perkataan yang terlarang".

Ketika saidina Abu Bakar radhiyallaahu `anhu memegang lidahnya, lalu beliau berkata :

" Inilah yang membawa aku ke tempat yang binasa"

Berkata penyair :

"Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah."

Hendaklah anda sentiasa ingat bahawa perkataan yang baik itu membawa petunjuk kepada setiap anggota badan. Sebaliknya, perkataan yang jahat itu mengakibatkan kejahatan seluruh anggota... 

Ingatlah sahabat , 


"Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak 

memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ". 

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu) 


Jadi sahabat ; JAGA DIRI..HIASI PERIBADI..HINDARI DOSA!!

TAQWA




“Apa itu taqwa?” tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab



“Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri?” balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah..” jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?” pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,” jawab Umar lagi.

“Itulah taqwa..” simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.

Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: 
”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Menurut Ibnu Abbas r.a. : 
"Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : 
"Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : 
"Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
 

Semoga kita dapat menggapai taqwa dengan erti sebenarnya!

Inilah nikmat yang terbesar,cuma manusia tidak mahu memahaminya..

Tanpa ISLAM kita tak mungkin sampai ke JannahNYA,tanpa iman mana mungkin kita di sini..

JAGA HATI
JAGA UKHUWAH
JAGA TARBIAH

Selamat mencari TAQWA sahabat "majmuah thaminah "

Kuncinya ada Pada Kita...





Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, 


ada di antara kita yang terlupa akan kesempurnaan rohaniah 
untuk di bawa pulang nanti bertemu yang Maha Esa. 

Sering dijadikan alasan "Masa" menjadi penghalang 
untuk berbuat amal kebaikan apatah lagi ibadah. 
Kalau difikirkan dari aspek perkerjaan....
yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. 
Tetapi mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?.

Di sini bukanlah saya cuba mengatakan diri saya ini begitu sempurna... hanya..
sedikit pengatahuan yang diizinkan oleh Allah swt kepada saya untuk dikongsi bersama.


Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain,kita sering terlupa mengerjakan yang wajib. 


Sudah menjadi lumrah kita sebagai manuasia perlu mencari keperluan dalam hidup. Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi. 


Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tidak silap kita ada 24 jam sehari. kita berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari, kita berehat lebih kurang 5  hingga 8 jam. Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. kita ada lebih kurang 6 jam lagi. 


Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita. Kalau saya kira masa yang diambil kalau kita berjemaah di masjid. 


kalau 4 rakaat + wirid + doa = 15minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu....15 x 5 = 1 jam 5 minit. ada balance lagi dalam 4 jam setengah.


Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya. 


Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia juga merupakan “magnet”rezeki. 
Jadi kenapa perlu kita abaikan? 


Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup. Bila sudah diberikan peluang oleh Allah swt untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah?


 Itu baru satu, masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus kepada kita. Jadi tunggu apa lagi? 


Rebutlah peluang sementara kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat Allah, sesungguhnya Allah swt itu Al Rahman,Al Rahim. Dan takkan pernah Dia mahu melihat hamba – hambanya dalam kesusahan. 


Seruan saya pada diri saya dan yang lain.
 Marilah kita perbanyakkan ibadah kita mudah – mudahan kita akan dirahmatiNya.