RSS

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Ingat - Ingat ..



In the name of ALLAH
Moga semua sahabat sihat-sihat..
Yang Kurus tu Makin tembam ..
Yang Tembam tu makin tembam..
(ops.. jangan salah sangka ea , maksud tembam kat sini amalan kita)
Dah semusim kita bersama .. 
harap-harapnya persahabatan kita menambahkan "saham" kita di akhirat,dok gitu ea?

Tak mampu kata apa-apa , juz sharing 'tragedi' yang berlaku jea..
Lagipun dah nak exam.. tinggal beberapa hari jea !

Wake UP !! its EXAM time !

Masa makin suntuk..
Sahabat-sahabat buat yang terbaik ok,

bE Patient & be C00l = Osem!

INGAT !

1-Usaha, 
2-Doa,
3-Tawakkal 
(nie bila dah pecut 10001 %)

***************

Kisah kami pula... erk !
(tak bosan ke .. ? mari jujur pada hati ..)

diedit oleh sahabat kami , ibn ahmad

Gambar ni yang terbaru , jamuan kesyukuran disebabkan seorang sahabat kami, Amir Yazid akan menunaikan umrah (tuannya balik selangor...(==')v )dan juga kesyukuran Allah mengurniakan perpisahan ini!

Nostalgia
Selamat jalan teman , moga tetap berjuang , kenang masa indah kita !
credit for Syafiqa Ayob .. bab-bab multimedia bagi kat dia jea...

Jamuan Kesyukuran Majmuah 8Thaminah..

jam 10.30 p.m baru mula .. dah lewat !
                                         

masulah terbaik!

mengantuk pun ada .. tapi Osemnye tetap teruskan!


menunggu sampai tertidur .. hmm

apa yang ditunggu ea?
agak-agak ni sesi apa yea... confius ?
Langit kita sama , Bumi kita pun sama , Tiada beza , dia hamba , saya hamba , Kita semua hamba Sang Pencipta .. 

Inilah warna-warna kehidupan yang merencahkan kehidupan saya , mereka penambah perisa dalam skrip kehidupan saya , mana mungkin makanan akan sedap tanpa gula dan garam .. betul tak?

Renung dan Bersyukurlah..


Bila sesuatu nikmat itu kita tidak dapat, kita minta pada Allah.
Tapi, bila Allah dah bagi nikmat tu pada kita, kita tak menjaganya pula.

Allahurabbi !




10 Perkara Yang Sia-Sia..





 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya ‘AL FAWAID’, bahwa ada sepuluh perkara yang hilang sia-sia, tak dapat memberikan manfaat sedikit pun bagi si empunya:


1• Berilmu pengetahuan, tapi tidak diamalkan.

2• Beramal, tapi tidak dilandasi ikhlas mengharap ridha Allah SWT dan meneladani Rasulullah SAW.

3• Harta yang dianggurkan (disimpan), tidak dimanfaatkan untuk kenikmatan hidup di dunia dan tidak pula diinvestasikan untuk kebahagiaan hidup di akherat.

4• Hati yang kosong dari mahabbatullah dan jiwa yang merindukan selain wajah Allah SWT.

5• Badan yang diistirahatkan dari ketaatan dan berkhidmat kepada agama-Nya.

6• Rasa cinta yang tidak diikat dengan keridhaan Allah SWT dan tidak tumbuh dalam kerangka tunduk kepada perintah-Nya.

7• Waktu yang berlalu sia-sia, tiada dipergunakan untuk menambah pengetahuan, mengukir kebaikan dan taqarrub kepada-Nya.

8• Akal yang diperah untuk memikirkan hal-hal yang tak berguna.

9• Melayani orang yang tidak mendekatkan diri anda kepada Allah SWT dan tidak pula memberikan anda maslahat dan kebaikan di dunia.

10• Anda memiliki rasa takut dan berharap (memiliki ketergantungan) kepada orang yang ubun-ubunnya berada di tangan-Nya, dan menjadi tawanan di sisi-Nya, yang mana ia tidak dapat memberikan manfaat dan mudharat bagi dirinya sendiri, menambah (usia) hidup dan menanggguhkan kematian serta menahan kepergiannya.

Allah berfirman dalam kitabullah,


وَالْعَصْرِ إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-’Ashr 103: 1-3)


Jom muhasabah dan renung-renungkanlah mutabaah amal kita !

Seruan Solat Hajat & Qunut Nazilah





"Gamis Inspirasi Anak Muda"


Tsunami Besar Di Langit !




Inilah kekuasaan ALLAH...





Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat 



menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar



dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku 


apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian 


bawah(air).

30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia 

30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil 



di Labuan,Sabah oleh seorang hamba Allah. 
Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam.

Komik - Cara-cara menolak Hidayah !


“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Rabbnya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.”
Surah Al-Kahf: 57
Tafsir ayat:
Marilah kita saksikan bahawa mulai hari ini, komik juga akan mengajak kamu untuk membaca dan memahami isi Al-Quran!
*Freshie banyak melukis komik dan berkarya di blog beliau, kangensyurga.blogspot.com
copy by MUHARIKAH.

Rahsia ''2012'' dalam Surah Ar-Rahman ?



PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.



Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.



Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.



Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433



merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h



Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.



"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.



" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
~ AL-FARISI

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi

makluman :

Cerita Saya, Cerita Awak, Cerita sapa ?


Alhamdulillah..

Semoga hari ini ALLAH memberkati segala usaha kita untuk menegakkan ISLAM sama ada untuk diri mahupun dalam kehidupan ini.

Agak-agaknya,apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa dalam tarbiah ILLAHI..

MEGUMPAT

kalu bicarakan bab ini,pastinya persepsi kita pada seorang wanita,muslimah,akhowat..
kenapa yea?

Saya juga tertanya-tanya..

Tapi sahabat percaya kan ada juga lelaki yang mengumpat,?

Kalu ikutkan hampir setiap hari kita mengumpat,percaya atau tidak,terserah..
Tapi jom kita nilai balik diri kita..
Fahami definisi 'mengumpat' itu 

Moga-moga hati ini disirami nur hidayahNYA..

Sahabat,anda tahu tak apa yang telah diceritakan tentang MENGUMPAT ini?



********




Telah diceritakan  oleh Al-baihaqi, At-tabrani, Abu Sheikh dan Ibnu Abi Ad-Dunnya daripada 

Jabir dan Abu Sa`id radhiyallaahu `anhuma yang berkata, 

"Sabda Rasulullah Shallallaahu `alaihi wasallam :

" Jauhilah kamu daripada mengumpat, kerana sesungguhnya mengumpat itu lebih keras daripada berzina. Lalu Nabi shallallaahu `alaihi wasallam ditanya, "Bagaimana pula mengumpat itu lebih keras daripada berzina? Bersabda baginda , " Sesungguhnya seorang lelaki kadang-kadang berzina dan ia bertaubat, maka Allah ta`ala menerima taubatnya. Dan sesunggunya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang melanggar janji adalah salah satu daripada tanda ada munafik. 

Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

"Tanda orang munafik itu ada tiga:-Apabila dia bercerita pasti dia berbohong,Apabila dia berjanji pasti dia memungkiri janjinya itu,dan Apabila diberi kepercayaan pasti dia khianat ( tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya)"

Demikian juga keadaan orang yang saling berbalah (bertikam lidah) dan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah, 

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alaihi wasallam :

" Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ".
(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majagh daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu)

Begitu juga keadaan orang yang suka mengadu domba

sebagaimana sabda Nabi shallallaahu `alahi wasallam :

" Tiada masuk Syurga orang yang mengadu domba." 
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah radhiyallaahu `anhu)

Sesungguhnya paraa ulamak telah bersepakat bahawa perlakuan mengadu domba itu adalah berdosa iaitu menokok tambah perkataan seseorang kepada orang lain atas tujuan untuk merosak binasakan dan memecahbelahkan hubungan mereka agar mereka berkelahi antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya jika dia menokok tambah perkataan atas tujuan untuk menasihati mereka, maka tidaklah wajib ia temasuk dalam mengadu domba yang dilarang itu.

Sedarilah bahawa lidah itulah anggota yang paling banyak dan paling besar kejahatannya. Oleh itu. lazimilah anda mengawasinya. Lidah itu tidak dapat menolong anda untuk menyelamatkan anda daripada rosak binasa kecuali anda mengasingkan diri daripada manusia. Ini kerana lidah itu tidak mampu menjadikan anda sentiasa berperlakuan diam kecuali ketika anda ada keperluan hajat untuk bercakap seperti belajar, mengajar dan memberi nasihat. 

Sembah Muaz bin Jabal kepada Rasulullah shallallaahu `alaihi wasallam, mafhumnya :

" Hai Rasulullah, berpesanlah kepadaku". Maka Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam mengeluarkan lidah yang maha mulia itu, lalu bersabda, " Tahanlah olehmu akan ini".
Maksud baginda Shallallaahu `alaihi wasallam, " lidahmu yang serupa lidahku ini hendaklah anda tahannya daripada berkata sesuatu perkataan yang terlarang".

Ketika saidina Abu Bakar radhiyallaahu `anhu memegang lidahnya, lalu beliau berkata :

" Inilah yang membawa aku ke tempat yang binasa"

Berkata penyair :

"Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah."

Hendaklah anda sentiasa ingat bahawa perkataan yang baik itu membawa petunjuk kepada setiap anggota badan. Sebaliknya, perkataan yang jahat itu mengakibatkan kejahatan seluruh anggota... 

Ingatlah sahabat , 


"Sebahagian besar daripada kebagusan Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak 

memberi manfaat kepadanya ( di dunia mahupun di akhirat) ". 

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abi Hurairah Radiyallahu `anhu) 


Jadi sahabat ; JAGA DIRI..HIASI PERIBADI..HINDARI DOSA!!

TAQWA




“Apa itu taqwa?” tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab



“Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri?” balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah..” jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?” pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,” jawab Umar lagi.

“Itulah taqwa..” simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.

Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: 
”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Menurut Ibnu Abbas r.a. : 
"Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : 
"Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : 
"Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
 

Semoga kita dapat menggapai taqwa dengan erti sebenarnya!

Inilah nikmat yang terbesar,cuma manusia tidak mahu memahaminya..

Tanpa ISLAM kita tak mungkin sampai ke JannahNYA,tanpa iman mana mungkin kita di sini..

JAGA HATI
JAGA UKHUWAH
JAGA TARBIAH

Selamat mencari TAQWA sahabat "majmuah thaminah "

Madah KekasihKU....




KENAPA AKU DIUJI ???


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?


" WAhai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ."

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ...... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusof ayat 12


p/s :

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan....kerana ialah penawar.....penawar untuk kita.........marilah kita kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana.... wassalam..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DI DUNYA FANA SEBENTAR CUMA, KUBUR SEDIA MENANTI! YA ALLAH, BIMBINGLAH HAMBAMU INIE MELALUI JALANMU YG. LURUS ITUUU.

*DIRIKU MUSAFIR YANG DHAIF..DIRIKU MILIKMU SEMATA2*


SERIKANDI HAMZAH

JTK ROOM

11.11 p.m



Kuncinya ada Pada Kita...





Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, 


ada di antara kita yang terlupa akan kesempurnaan rohaniah 
untuk di bawa pulang nanti bertemu yang Maha Esa. 

Sering dijadikan alasan "Masa" menjadi penghalang 
untuk berbuat amal kebaikan apatah lagi ibadah. 
Kalau difikirkan dari aspek perkerjaan....
yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. 
Tetapi mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?.

Di sini bukanlah saya cuba mengatakan diri saya ini begitu sempurna... hanya..
sedikit pengatahuan yang diizinkan oleh Allah swt kepada saya untuk dikongsi bersama.


Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain,kita sering terlupa mengerjakan yang wajib. 


Sudah menjadi lumrah kita sebagai manuasia perlu mencari keperluan dalam hidup. Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi. 


Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tidak silap kita ada 24 jam sehari. kita berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari, kita berehat lebih kurang 5  hingga 8 jam. Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. kita ada lebih kurang 6 jam lagi. 


Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita. Kalau saya kira masa yang diambil kalau kita berjemaah di masjid. 


kalau 4 rakaat + wirid + doa = 15minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu....15 x 5 = 1 jam 5 minit. ada balance lagi dalam 4 jam setengah.


Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya. 


Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia juga merupakan “magnet”rezeki. 
Jadi kenapa perlu kita abaikan? 


Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup. Bila sudah diberikan peluang oleh Allah swt untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah?


 Itu baru satu, masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus kepada kita. Jadi tunggu apa lagi? 


Rebutlah peluang sementara kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat Allah, sesungguhnya Allah swt itu Al Rahman,Al Rahim. Dan takkan pernah Dia mahu melihat hamba – hambanya dalam kesusahan. 


Seruan saya pada diri saya dan yang lain.
 Marilah kita perbanyakkan ibadah kita mudah – mudahan kita akan dirahmatiNya.