RSS

Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

10 Perkara Yang Sia-Sia..





 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya ‘AL FAWAID’, bahwa ada sepuluh perkara yang hilang sia-sia, tak dapat memberikan manfaat sedikit pun bagi si empunya:


1• Berilmu pengetahuan, tapi tidak diamalkan.

2• Beramal, tapi tidak dilandasi ikhlas mengharap ridha Allah SWT dan meneladani Rasulullah SAW.

3• Harta yang dianggurkan (disimpan), tidak dimanfaatkan untuk kenikmatan hidup di dunia dan tidak pula diinvestasikan untuk kebahagiaan hidup di akherat.

4• Hati yang kosong dari mahabbatullah dan jiwa yang merindukan selain wajah Allah SWT.

5• Badan yang diistirahatkan dari ketaatan dan berkhidmat kepada agama-Nya.

6• Rasa cinta yang tidak diikat dengan keridhaan Allah SWT dan tidak tumbuh dalam kerangka tunduk kepada perintah-Nya.

7• Waktu yang berlalu sia-sia, tiada dipergunakan untuk menambah pengetahuan, mengukir kebaikan dan taqarrub kepada-Nya.

8• Akal yang diperah untuk memikirkan hal-hal yang tak berguna.

9• Melayani orang yang tidak mendekatkan diri anda kepada Allah SWT dan tidak pula memberikan anda maslahat dan kebaikan di dunia.

10• Anda memiliki rasa takut dan berharap (memiliki ketergantungan) kepada orang yang ubun-ubunnya berada di tangan-Nya, dan menjadi tawanan di sisi-Nya, yang mana ia tidak dapat memberikan manfaat dan mudharat bagi dirinya sendiri, menambah (usia) hidup dan menanggguhkan kematian serta menahan kepergiannya.

Allah berfirman dalam kitabullah,


وَالْعَصْرِ إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-’Ashr 103: 1-3)


Jom muhasabah dan renung-renungkanlah mutabaah amal kita !

Seruan Solat Hajat & Qunut Nazilah





"Gamis Inspirasi Anak Muda"


Tsunami Besar Di Langit !




Inilah kekuasaan ALLAH...





Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat 



menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar



dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku 


apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian 


bawah(air).

30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia 

30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Gambar ini diambil 



di Labuan,Sabah oleh seorang hamba Allah. 
Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam.

Isu Hangat ! Mahasiswa Perlu Cakna.



Assalammualaikum...

Semoga ALLAH masih redha dengan kita semua..

Terima kasih kerana antum semua masih sudi menjengah ke blog kami yang tak seberapa ini...

Apa yerk Isu Hangat Kali ini?

Isu yang tak lekang dari kalangan seorang mahasiswa?

AUKU








Sebenarnya apa dia AUKU ni?

Jom Selidik dan Teliti !

AUKU


Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Tahukah kita apa itu AUKU dan sejauh manakah implementasi akta tersebut dalam kampus-kampus yang dikenali sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA)? Eloklah untuk kita, para mahasiswa membaca artikel berikut untuk mendapatkan satu penjelasan mengapakah ada suara-suara yang melaung-laungkan untuk memansuhkan AUKU ini dan pahatkan dalam memori kita, isu AUKU bukan suatu yang lapuk kerana ia adalah penyebab kepada kelesuan mahasiswa!
Sebenarnya akta ini ditubuhkan pada 18 Mac 1971 yang usulnya datang daripada Menteri Pelajaran ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn dalam sidang parlimen negara. Manakala permulaannya dikuatkusakan adalah pada 30 April 1971. Namun, tidak kesemua universiti mengimplementasikan akta itu, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hal ini kerana, di universiti-universiti terbabit telah menggunapakai akta selain daripada AUKU ini.
MAGERAN
Lantas kita berfikir, mengapakah pihak kerajaan Malaysia (MAGERAN) pada ketika itu menubuhkan akta ini? Realitinya, ia bermula dengan penubuhan satu Jawatankuasa Mengkaji Kampus yang ditugaskan untuk mengkaji satu kaedah yang bertujuan untuk mengawal dan melemahkan persatuan-persatuan mahasiswa di kampus. Pada ketika itu, antara universiti yang wujud di Malaya adalah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Oleh kerana pertambahan pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, kerajaan bimbang akan penentangan mahasiswa-mahasiswi terhadap dasar-dasar kerajaan sepertimana yang berlaku dalam suatu peristiwa di mana mahasiswa mengadakan sebanyak 13 rapat umum di seluruh negara. Rapat umum ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang pada masa tersebut kurang mendapat informasi berkaitan perjalanan politik negara.  Isu yang menjadi perdebatan dalam kalangan mahasiswa yang turun berapat umum kerika itu berkisarkan isu demokrasi, isu keadilan sosial dan juga pengecaman mahasiswa terhadap parti-parti politik yang sengaja mempermainkan isu perkauman sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969!
jangan undang 13 mei datang!
Berikutnya, selepas beberapa peristiwa kelantangan mahasiswa bersuara terhadap dasar-dasar kerajaan, maka AUKU diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tanggal 18 Mac 1971. Hal yang demikian menyebabkan para mahasiswa bangun untuk menentang akta tersebut dengan lantang dan berani tanpa mengira agama, bangsa dan kampus universiti. Pelbagai kecaman dibangkitkan kepada pihak pemerintah sehinggakan ke hari ini, suara-suara tersebut masih kedengaran walau tidak sehebat era 70-an. Hal ini kerana, undang-undang tersebut bercanggah dengan prinsip demokrasi, kebebasan bersuara rakyat malah ia merupakan suatu pencabulan terhadap hak asasi mahasiswa sebagai golongan intelektual dan jurucakap masyarakat.
Pada tahun 1975, terdapat pindaan terhadap akta ini yang dibentangkan sebagai Akta Universiti dan Kolej Univesiti (Pindaan) 1975. Penguatkuasaan akta tersebut telah membubarkan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa seperti Persatuan Mahasiswa, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Mahasiswa Islam, Kelab Sosialis, Persatuan Bahasa Tionghua, Persatuan Bahasa Tamil dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia. Akhirnya, yang dibenarkan kerajaan untuk ditubuhkan di setiap kampus adalah Majlis Perwakilan Pelajar, sebuah badan yang tidak mempunyai kuasa, kebebasan dan kewibawaan sehebat pertubuhan-pertubuhan tersebut pada masa itu.

So,sahabat-sahabat...
BEBASKAN MAHASISWA,MANSUHKAN AUKU!!!